FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
Kenapa belajar di FPE?

Belajar dari yang terbaik

Di universiti, pelajar akan menerima ilmu daripada  pensyarah dan penyelidik terkenal serta pemimpin industri yang mempunyai pencapaian cemerlang. Pensyarah amat bersemangat, cemerlang dan berdedikasi untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan ilmu  mereka.
 
Reputasi untuk mencapai kecemerlangan
Kami menawarkan pendidikan yang berkualiti, mendedahkan idea-idea baru dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk masa depan pelajar.
 
Ijazah yang diiktiraf dan dihormati
Program kami meliputi pelbagai bidang dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Berikut merupakan senarai  program - program FPE yang telah diiktiraf oleh MQA: Sumber-sumber pembelajaran yang terbaik
Pelajar boleh belajar daripada modul bercetak atau mengakses kepada sumber-sumber pembelajaran kami secara atas talian. Beberapa contoh daripada sumber-sumber atas talian termasuk bahan-bahan kajian yang interaktif, kuiz, video ceramah dan forum perbincangan.
 
Pelbagai pilihan dan kefleksibelan
Pelajar mungkin mempunyai komitmen sendiri. Pelajar pascasiswazah terutamnya boleh memilih untuk belajar separuh masa atau sepenuh masa. Kami juga menawarkan program Eksekutif MBA bagi eksekutif kanan atau pertengahan dan program pengurusan pendidikan untuk guru-guru tempatan agar  berjaya dalam bidang pendidikan walaupun mereka sibuk.
Graduan yang dihasilkan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi mempunyai keupayaan akademik, kualiti personal serta kemahiran insaniah yang dibentuk sepanjang pengajian di UPSI.  Ciri-ciri graduan UPSI adalah:
  • Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan, pengurusan, perniagaan, perakaunan, ekonomi dan keusahawanan.
  • Mempamerkan ciri-ciri profesionalisme
  • Bertanggungjawab sosial dan beretika
  • Mahir dalam kerja berpasukan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
  • Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis
  • Mempunyai perspektif global
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Graduan FPE

Pelajar lulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Pelajar lulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD.)
Pelajar tempatan
Pelajar antarabangsa
Jabatan Ekonomi
Jabatan Ekonomi ditubuhkan dengan objektif untuk melahirkan graduan yang berilmu, kreatif, inovatif berdedikasi, futuristik peka kepada perubahan global serta kritis dalam menentukan pelaksanaan dasar yang sesuai dalam menangani keadaan ekonomi semasa. Kepakaran ahli dalam jabatan ini merangkumi beberapa bidang pengkhususan seperti Mikroekonomi, Makroekonomi, Ekonomi Islam, Ekonomi Kewangan, Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Malaysia, Ekonometrik, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Matematik dan pengkhususan lain yang terkini dalam bidang ekonomi.


Matlamat jabatan adalah untuk mengembangkan lagi program baharu berkaitan bidang ekonomi yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada institusi malah juga dapat melebarkan pilihan bidang pengkhususan pada pelajar yang mengambil bidang ekonomi. Jabatan juga berhasrat untuk mengembangkan penyelidikan di dalam bidang ekonomi secara berterusan.
 
Terdapat empat (4) orang tenaga pengajar di bawah Jabatan Ekonomi yang mempunyai Profesor Madya dalam bidang Ekonomi Islam, Pendidikan Ekonomi, Ekonomi Pendidikan dan Ekonomi Antarabangsa. Selain itu, jabatan mempunyai tujuh (7) orang tenaga pengajar yang mempunyai gelaran Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing.

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Prasiswazah +
    Ijazah Sarjana Muda:
    Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi

    Ketahui Lanjut
  • Pascasiswazah +
    Ijazah Sarjana:
    Sarjana Pendidikan (Ekonomi)
    Sarjana Ekonomi (Ekonomi Pembangunan)
    Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
    Sarjana Ekonomi
    Sarjana Ekonomi (Ekonometrik)
    Sarjana Ekonomi (Pengurusan dan Organisasi)
    Sarjana Ekonomi (Keusahawanan dan Industri)
    Sarjana Ekonomi (Perdagangan Antarabangsa)
    Sarjana Ekonomi (Ekonomi Islam)

    Doktor Falsafah (PhD.):
    Doktor Falsafah (Pendidikan Ekonomi)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Pembangunan)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Kewangan)
    Doktor Falsafah (Ekonomi)
    Doktor Falsafah (Ekonometrik)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Perdagangan Antarabangsa)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Pengurusan dan Organisasi)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Keusahawanan dan Industri)
    Doktor Falsafah (Ekonomi Islam)
Jabatan Pengurusan Pendidikan

Jabatan ini dibentuk dan ditambahbaik dari segi penumpuan bidang pengurusan dan perniagaan. Kepakaran ahlinya merangkumi beberapa disiplin dan pengkhususan seperti Statistik Perniagaan, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran, Gelagat Organisasi, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Maklumat. Pengurusan ialah proses untuk melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan dalam usaha menyusun strategi yang melibatkan sumber manusia, kewangan dan fizikal. Seramai 15 orang tenaga pengajar di dalam Jabatan Pengurusan Pendidikan yang terdiri dari seorang tenaga pengajar dari negara Iran.

Jabatan Pengurusan Pendidikan telah berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) bagi membenarkan semua guru-guru sekolah agama di bawah JAIS untuk sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda  Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di FPE UPSI sehingga kini terdapat 2 kohort yang masih berjalan dan satu kohort telah bergraduat. Institut Aminuddin Baki juga membuat satu MOU bersama UPSI bagi memberi Pengijazahan kepada semua Guru Besar sekolah Rendah di Seluruh Malaysia dan FPE telah berjaya menamatkan Guru Besar sebanyak 13 kohort.

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Prasiswazah +
    Ijazah Sarjana Muda:
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian


    Ketahui Lanjut
  • Pascasiswazah +
    Ijazah Sarjana:
    Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
    Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Dasar Pendidikan)

    Doktor Falsafah (PhD.):
    Doktor Falsafah (Pengurusan Pendidikan)
    Doktor Falsafah (Perancangan dan Dasar Pendidikan)
Jabatan Pengurusan Perniagaan & Keusahawanan

Jabatan ini dibentuk dan ditambahbaik dari segi penumpuan bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan. Pengurusan ialah proses untuk melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan dalam usaha menyusun strategi yang melibatkan sumber manusia, kewangan dan fizikal. Jabatan ini mempunyai 26 orang ahli akademik yang memiliki kepakaran  dalam pelbagai bidang. Kepakaran ahlinya merangkumi beberapa disiplin dan pengkhususan seperti Statistik Perniagaan, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran, Gelagat Organisasi, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Maklumat.

Jabatan ini telah menerima seramai 7 orang pelajar antarabangsa dari negara Indonesia, Myanmar dan China bermula kemasukan September 2015 yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) Dengan Kepujian. Selain itu, Jabatan ini telah mendapat kerjasama dengan badan lain Perbadanan Usahawan Nasioanal Berhad (PUNB) bagi program Diploma Keusahawanan.

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Prasiswazah +
    Ijazah Sarjana Muda:
    Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) Dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian

    Diploma:
    Diploma Keusahawanan


    Ketahui Lanjut
  • Pascasiswazah +
    Ijazah Sarjana:
    Sarjana Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)
    Sarjana Pengurusan (Keusahawanan)
    Sarjana Pengurusan (Pemasaran)
    Sarjana Pengurusan (Pengurusan Strategik)
    Sarjana Pengurusan (Pengurusan Sumber Manusia)
    Sarjana Pengurusan (Pembangunan Sumber Manusia)
    Sarjana Pengurusan (Sistem Maklumat Pengurusan)

    Doktor Falsafah (PhD.):
    Doktor Falsafah (Pendidikan Pengurusan Perniagaan)
    Doktor Falsafah (Keusahawanan)
    Doktor Falsafah (Pemasaran)
    Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia)
    Doktor Falsafah (Pembangunan Sumber Manusia)
    Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)
    Doktor Falsafah (Sistem Maklumat Pengurusan)
Jabatan Perakaunan & Kewangan

Kekuatan Jabatan adalah pada tenaga pengajarnya yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti penyelidikan dalam bidang perakaunan dan kewangan. Kepakaran ahli dalam jabatan ini merangkumi beberapa pengkhususan seperti Perakaunan Kewangan, Perakaunan Pengurusan, Sistem Maklumat Perakaunan, Pendidikan Perakaunan, Pengauditan, Pencukaian dan Perakaunan Alam Sekitar. Matlamat Jabatan adalah untuk mengembangkan lagi program baharu berkaitan bidang perakaunan yang akan memberi manfaat kepada semua. Jabatan juga berhasrat untuk mengembangkan penyelidikan di dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian, Jabatan akan menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) bagi membolehkan graduan program ini diiktiraf sebagai Perancang Kewangan Berdaftar.

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Prasiswazah +
    Ijazah Sarjana Muda:
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) dengan Kepujian
    Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian

    Ketahui Lanjut
  • Pascasiswazah +
    Ijazah Sarjana:
    Sarjana Pendidikan (Perakaunan)
    Sarjana Perakaunan (Kewangan Islam)
    Sarjana Perakaunan (Perakaunan Kewangan)
    Sarjana Perakaunan (Pengurusan Perakaunan)
    Sarjana Perakaunan
    Sarjana Kewangan (Pengurusan Kewangan)

    Doktor Falsafah (PhD.);
    Doktor Falsafah (Pendidikan Perakaunan)
    Doktor Falsafah (Perakaunan Kewangan)
    Doktor Falsafah (Pengurusan Perakaunan)
    Doktor Falsafah (Perakaunan)
    Doktor Falsafah (Pengurusan Kewangan)