FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
PELUANG KERJAYA
 
Mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi menyediakan pelbagai peluang kerjaya yang bergantung kepada minat para graduan ekonomi. Mempunyai pengetahuan khusus dalam subjek spesifik dan kemahiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, bakal graduan ekonomi boleh mencari pekerjaan dalam berbagai cabang perkerjaan yang berbeza, seperti perbankan dan kewangan, insurans dan perakaunan, perkhidmatan awam dan pentadbiran, perundingan, undang-undang, perubatan, bukan keuntungan, hubungan antarabangsa dan akademik.
 
Berikut adalah beberapa contoh kerjaya yang berpotensi untuk graduan ekonomi:
  • Akauntan kewangan awam
  • Ahli Ekonomi
  • Penganalisis risiko kewangan
  • Penganalisis Pelaburan
  • Perunding Kewangan
  • Perangkawan
  • Aktuari
  • Pegawai Perkhidmatan Awam
  • Diplomatik Pegawai Perkhidmatan Operasi
  • Pegawai Kerajaan Tempatan
  • Pegawai Perbankan
  • Perunding Pengurusan
  • Juruukur Bahan
Bagi graduan ekonomi, sebarang pekerjaan yang menarik mengikut minat para graduan boleh dipohon setelah menamatkan pengajian dalam ijazah Ekonomi. Perlu diingat bahawa graduan ekonomi tidak terhad untuk memohon pekerjaan dari senarai pekerjaan di atas sahaja. Graduan Ekonomi boleh memohon sebarang kerjaya yang mereka diminati, sesuai dengan minat graduan kerana ramai majikan akan menerima permohonan graduan daripada perlbagai program.

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian +
    Program Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahakn dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian. Ijazah ini bertujuan melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang ekonomi kewangan secara spesifik dan ekonomi secara umum. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.
     
    Program ini digubal secara teliti dengan mengambil kira keperluan kepakaran tenaga kerja semasa dalam semua sector. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah standing dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar program Sarjana Meda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian perlu melengkapkan 122 unit kredit seperti yang diterangakan di bawah seksyen Struktur Program Pengajian. Keunikan program Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian ini adalah pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja dapat menguasai bidang pengkhususan malahan dapat menyampaikan semula dengan kaedah yang sistematik bagi membolehkan pihak yang menerimanya memahami dengan jelas perkara yang disampaikan.

    Struktur Program
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 17
    Kursus Teras / Major 93
    Kursus Elektif 6
    Latihan Industri 6
    Jumlah 122

    Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian +
    Program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian. Ijazah ini bertujuan melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang ekonomi kewangan dan muamalat secara spesifik dan ekonomi secara umum. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.
     
    Program ini digubal secara teliti dengan mengambil kira keperluan kepakaran tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah standing dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (kewangan Islam) dengan Kepujian perlu melengkapkan 121 unit kredit seperti yang diterangkan di bawah seksyen Struktur Program Pengajian. Keunikan program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian ini adalah pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja dapat menguasai bidang pengkhususan malahan dapat menyampaikan semula dengan kaedah yang sistematik bagi membolehkan pihak yang menerimanya memahami dengan jelas perkara yang disampaikan.

    Struktur Program:
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 17
    Kursus Teras / Major 93
    Kursus Elektif 6
    Latihan Industri 6
    Jumlah 122

    Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi +
    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian. Ijazah ini bertujuan melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.
     
    Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulumprogram yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah standing dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan Ekonomi perlu melengkapkan 134 unit kredit.

    Struktur Program:
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 22
    Kursus Teras
    • Professional Pendidikan
    • Major

    26
    54
    Kursus Minor 24
    Latihan Mengajar 8
    Jumlah 134

    Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi