FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut. Program ini disediakan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mensiswazahkan Guru-guru Besar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Program ini digubal setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam sektor pendidikan negara.
Kurikulum program ini telah disusun bagi menghasilkan graduan yang berketrampilan dalam ilmu pengurusan pendidikan dan kemahiran kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus organisasi pendidikan. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pengurusan Pendidikan perlu melengkapkan 130 unit kredit.

Maklumat Lanjut mengenai program:
  • Struktur pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Syarat Kemasukan Program

  • Syarat Am +
    Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang mempunyai salah satu kelayakan seperti berikut:-
     
    Lulusan STPM/ STAM/ Matrikulasi/ ASASI UiTM/ Diploma/ kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
     
    Kelayakan Akademik
     
    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
    Lulus dengan kepujian mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai;
    dan
    Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya; Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
    dan
    Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
    atau
    Lulus peperiksaan Matrikulasi/ ASASI UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
    atau
    Mempunyai kelulusan Diploma sekurang-kurangnya PNGK 2.50 atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
    atau
    Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;
    dan
    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);
    dan
    Lulus ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.
  • Syarat Khas +
    Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
     
    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
    • Perakaunan
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan
    • Matematik S; atau
    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut di peringkat Matrikulasi:
    • Perakaunan
    • Matematik
    • Ekonomi
    • Pengurusan Perniagaan; atau
    Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan atau bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;dan

    Mendapat sekurang-kurangnya 6C pada peringkat SPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
    • Perdagangan;
    • Ekonomi Asas;
    • Prinsip Akaun;
    • Matematik Tambahan
    • Fizik/ Kimia/ Biologi