FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS

Program - Program Yang Ditawarkan

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) Dengan Kepujian +
    Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) yang ditawarkan FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dengan Kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pengurusan sumber manusia. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.
     
    Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar program Pengurusan Sumber Manusia perlu melengkapkan 121 unit kredit.

    Peluang Kerjaya
    • HR Administrator
    • HR Coordinator
    • Recruiter
    • Recruitment Assistant
    • HR Advisor
    • Program & Workforce Manager
    • Health & Safety Officer
    • Organizational Development Analyst
    Struktur Program
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 17
    Kursus Teras / Major 90
    Kursus Elektif 8
    Latihan Industri 6
    Jumlah 122

    Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian +
    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau  lapan  semester.  Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan pengurusan perniagaan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

    Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan  Pengurusan  Perniagaan perlu melengkapkan 131 unit kredit.

    Peluang Kerjaya:
    • Guru
    • Usahawan
    • Pegawai Tadbir
    • Pengurus
    Struktur Program:
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 22
    Kursus Teras
    • Professional Pendidikan
    • Major

    26
    51
    Kursus Minor 24
    Latihan Mengajar 8
    Jumlah 131


      Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian +
    Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Program ini digubal bagi memenuhi keperluan pasaran yang memerlukan tenaga profesional berkemahiran tinggi  serta kreatif dalam  bidang keusahawanan. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan  Perdagangan)  dengan  kepujian.  Ijazah  ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan Keusahawanan dan Perdagangan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan danmenjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.
     
    Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan perlu melengkapkan 135 unit kredit.

    Peluang Kerjaya:
    • Guru
    • Usahawan
    • Pegawai Tadbir
    • Pengurus
    Struktur Program:
     
    Komponen Kursus Jam Kredit
    Kursus Universiti 22
    Kursus Teras
    • Professional Pendidikan
    • Major

    26
    51
    Kursus Minor 24
    Latihan Mengajar 8
    Jumlah 135


      Maklumat Lanjut mengenai program:
    • Syarat - syarat kemasukan pelajar Malaysia
    • Senarai kursus yang ditawarkan
    • Cadangan agihan kursus mengikut semester bagi setiap program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian
  • Diploma Keusahawanan +
    Program Diploma Keusahawanan merupakan program pengajian diploma bukan pendidikan pertama yang ditawarkan oleh FPE. Program ini dilaksanakan selama dua tahun atau enam semester secara sepenuh masa. Program ini digubal bagi memenuhi keperluan pasaran yang memerlukan tenaga profesional berkemahiran tinggi serta kreatif dalam bidang keusahawanan. Di akhir pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Diploma Keusahawanan. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang Keusahawanan malahan juga boleh menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh untuk menceburkan diri dalam perniagaan sebagai usahawan.
     
    Program ini direncanakan dan digubal secara teliti dengan mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Ia sejajar dengan dasar kerajaan yang menekankan aspek keusahawanan dalam kalangan graduan serta penekanan ke arah negara berpendapatan tinggi yang mana ia boleh dicapai melalui  aktiviti keusahawanan. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Untuk pengijazahan, pelajar Program  Diploma Keusahawanan perlu melengkapkan 91 jam kredit seperti yang diterangkan di bawah seksyen Struktur Program Pengajian.