FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
AKAN DATANG

Laman sesawang masih dalam pembinaan.
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi yang ditubuhkan dan mula beroperasi sejak tahun 2002 telah merangka dan memulakan beberapa bentuk seminar dan persidangan berdasarkan fungsi dan fokus Fakulti ini. Antara seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh fakulti adalah seperti berikut:
 

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian

Program Pendidikan Perakaunan yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan perakaunan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan daripada kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan Perakaunan perlu melengkapkan 134 unit kredit. Keunikan program pendidikan perakaunan ini adalah pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja dapat menguasai bidang pengkhususan malahan dapat menyampaikannya semula dengan kaedah yang sistematik bagi membolehkan pihak yang menerimanya memahami dengan jelas perkara yang disampaikan.

Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian direka bentuk khusus untuk memenuhi keperluan permintaan terhadap graduan perakaunan yang memiliki nilai-nilai melangkaui penguasaan kemahiran dan cabang ilmu perakaunan. Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran insaniah yang seterusnya akan memperkukuh prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan keperluan, cabaran dan perkembangan ekonomi negara. Struktur program ini menumpukan kepada pembentukan graduan perakaunan yang kompeten dengan kemahiran kognitif, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan sesuai dengan kehendak industri.

Program ini telah direka bentuk dengan mengambil kira peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan mempunyai kualiti setanding dengan program perakaunan yang ditawarkan di universiti lain samada di dalam atau di luar negara. Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian akan menyediakan pelajar dengan pengiktirafan akademik yang diperlukan untuk peningkatan kerjaya dalam sektor awam dan swasta, peluang menjadi akauntan bertauliah, atau menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pelajar yang diterima masuk bagi program ini perlu melengkapkan 136 jam kredit sebagai syarat bergraduat.

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian ditawarkan dengan objektif melahirkan graduan berkualiti dalam bidang pentadbiran perniagaan terutama dalam perkhidmatan kewangan. Program ini direka bentuk berdasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi membolehkan graduan memperolehi manfaat dari segi kecekapan, kemahiran dan kualiti cemerlang, seterusnya memberi kelebihan daya saing dalam bidang perkhidmatan kewangan yang semakin mencabar.

Selepas menamatkan pengajian dalam program ini, graduan akan berupaya untuk mempamerkan ilmu konseptual dan praktikal dalam disiplin utama yang menyokong bidang perkhidmatan kewangan, mengaplikasi kemahiran analitikal, menafsir, berkomunikasi dan membuat keputusan dalam pelbagai konteks pentadbiran perniagaan. Selain itu, graduan juga akan berupaya memahami dan memberi tindak balas bersesuaian dalam isu-isu terkini dalam industri.

Program ini hanya ditawarkan kepada sejumlah kecil pelajar bagi setiap ambilan. Saiz kelas yang kecil akan membolehkan proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik, lebih masa bersemuka untuk pelajar dan peluang terlibat secara langsung dengan industri. Pelajar yang diterima masuk bagi program ini perlu melengkapkan 121 jam kredit sebagai syarat bergraduat.

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) Dengan Kepujian

Program Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dengan Kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pengurusan sumber manusia. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian

Program Pendidikan Pengurusan Perniagaan yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau  lapan  semester.  Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan pengurusan perniagaan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan  Pengurusan  Perniagaan perlu melengkapkan 131 unit kredit.

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian

Program Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Program ini digubal bagi memenuhi keperluan pasaran yang memerlukan tenaga profesional berkemahiran tinggi  serta kreatif dalam  bidang keusahawanan. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan  Perdagangan)  dengan  kepujian.  Ijazah  ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan dan Keusahawanan dan Perdagangan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan danmenjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Program ini direncanakan dan digubal secara teliti setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi tersebut. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan perlu melengkapkan 135 unit kredit.

Diploma Keusahawanan

Program Diploma Keusahawanan merupakan program pengajian diploma bukan pendidikan pertama yang ditawarkan oleh FPE. Program ini dilaksanakan selama dua tahun atau enam semester secara sepenuh masa. Program ini digubal bagi memenuhi keperluan pasaran yang memerlukan tenaga profesional berkemahiran tinggi serta kreatif dalam bidang keusahawanan. Di akhir pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Diploma Keusahawanan. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang Keusahawanan malahan juga boleh menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh untuk menceburkan diri dalam perniagaan sebagai usahawan.

Program ini direncanakan dan digubal secara teliti dengan mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam semua sektor. Ia sejajar dengan dasar kerajaan yang menekankan aspek keusahawanan dalam kalangan graduan serta penekanan ke arah negara berpendapatan tinggi yang mana ia boleh dicapai melalui  aktiviti keusahawanan. Kurikulum program ini telah disusun dan disesuaikan dengan kurikulum program yang setara dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara untuk memastikan kualiti dan pengalaman pembelajaran adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Untuk pengijazahan, pelajar Program  Diploma Keusahawanan perlu melengkapkan 91 jam kredit seperti yang diterangkan di bawah seksyen Struktur Program Pengajian.

Senarai Program Pengajian yang ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian

Program Pengurusan Pendidikan yang ditawarkan oleh FPE merupakan program pengajian sepenuh masa selama empat tahun atau lapan semester. Di akhir program pengajian, graduan akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan kepujian. Ijazah ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang boleh menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Graduan juga berupaya merancang, menganalisis, membuat keputusan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut. Program ini disediakan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mensiswazahkan Guru-guru Besar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Program ini digubal setelah mengambil kira keperluan kepakaran dan tenaga kerja semasa dalam sektor pendidikan negara.

Kurikulum program ini telah disusun bagi menghasilkan graduan yang berketrampilan dalam ilmu pengurusan pendidikan dan kemahiran kepimpinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus organisasi pendidikan. Untuk pengijazahan, pelajar Program Pengurusan Pendidikan perlu melengkapkan 130 unit kredit.