FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
3rd National MFPC Financial Planning Tournament  2016
 

Pada tarikh 8 Oktober dan 9 Oktober 2016, beberapa orang pelajar fakulti pengurusan dan ekonomi telah menyertai pertandingan “3rd National MFPC Financial Planning Tournament” yang dianjurkan oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan Universiti Putra Malaysia.

Pertandingan tersebut berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (AE02). Antara pelajar-pelajar tersebut adalah:
  • Norsyahirah Basiran
  • Nitia Tiara Ayani
  • Fatin Najwa Nor Azman
  • Umi Nasyrah Junaidi
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar tersebut berjaya mendapat tempat ketiga kategori video terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400. Selain daripada itu, fakulti juga berjaya mendapatkan tempat keenam daripada 18 universiti awam yang bertanding.

Oleh yang demikian, tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat serta pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan, iaitu Dr. Hazianti Abdul Halim yang bertindak selaku Penasihat / Pensyarah pengiring.