FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
1 Malaysia Entrepreneurship (1MET) Bootcamp 3.0

2 orang pelajar Diploma Keusahawan daripada FPE telah merangkul Anugerah Best Idea 1 Malaysia Entrepreneurship (1MET) Bootcamp 3.0 di bawah startegi Lautan biru Kebangsaan (NBOS) anjuran Kementerian Kewangan Malaysia di RTC Gopeng Perak yang diadakan 10-11 Oktober 2015.
 
SME-University Internship 2015 Championship

 

UPSI telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN pertandingan SME - University Internship 2015 Championship. UPSI menerusi Pusat Pembangunan Keusahawan (PPK) telah menghantar 6 orang pelajar untuk menyertai pertandingan ini yang diadakan pada 3 November 2015 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Penyertaan terdiri daripada pelajar-pelajar dari 3 buah fakulti iaitu FPE, FSK dan FSKIK. Senarai nama pelajar yang menyertai pertanding:
  • Mohamad Iszuan Bin Mohd Lehan - FPE (Semester 8)
  • Nor Azma Binti Omar - FPE (Semester 8)
  • Norashikin Binti Fhauzi - FPE (Semester 8)
  • Nurfarhana Binti Hassan - FSK (Semester 8)
  • Afizah BInti Noh - FSKIK (Semester 8)
  • Muhammad Hafizzuddin Bin Abu Hassan - FSKIK (Semester 7)
Fakulti merakamkan penghargaan kepada Pensyarah Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan iaitu Puan Norsamsinar binti Shamsudin yang bertindak selaku Penyelia Projek.