FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi yang ditubuhkan dan mula beroperasi sejak tahun 2002 telah merangka dan memulakan beberapa bentuk seminar dan persidangan berdasarkan fungsi dan fokus Fakulti ini. Antara seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh fakulti adalah seperti berikut:
 
Asia Pacific Conference on Educational Management and Leadership (APCEMaL)

Pada tahun 2004, Persidangan yang berkaitan dengan bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan telah diperkenalkan. Persidangan ini telah berlangsung di Allson Klana, Seremban dengan penglibatan seramai 300 orang peserta. Berdasarkan sambutan yang baik semasa penganjuran persidangan iMEC tersebut, FPE telah memperluaskan persidangan yang dianjurkan dengan melibatkan peserta di rantau Asia Pasifik dan persidangan ini dikenali sebagai Asia Pacific Conference on Educational Management and Leadership atau APCEMaL. Penganjuran APCEMaL adalah seperti berikut:
  • APCEMaL 1
    • (29 November - 1 Disember 2011)
    • Kuala Lumpur Educational Management and Leadership: Fostering a Learning Culture for Success
  • APCEMaL 2
    • (24 - 26 November 2014)
    • Johor Bahru Shaping Global Educational Leaders and Managers
  • APCEMaL 3
    • (3 - 5 April 2017)
    • UPSI Educational Management and Leadership: The Changing Role of Educational Leaders
Selain dari pengucap utama, peserta dan pembentang turut diperluas dan dijemput dari negara-negara Asia Pasifik. Ini dapat memberi peluang kepada peserta-peserta tempatan membina jaringan antarabangsa disamping berkongsi pengalaman dalam kalangan peserta dari latar belakang yang berlainan.

International Conference on Management Education (iMEC) International Conference on Management Education (iMEC) merupakan persidangan yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu, Pendidikan Pengurusan, Pendidikan Perakaunan dan Pendidikan Ekonomi. iMEC yang pertama telah dianjurkan pada 22-24 Jun 2007 di Pulau Pinang dengan tema “Best Practices Shared”. Penganjuran iMEC bagi kali kedua ialah pada 6-8 Oktober 2010 di Melaka dengan tema “Management Education: Innovation and Globalization”. Seterusnya iMEC telah dianjurkan buat kali ketiga pada 27-28 November 2013 di Ipoh dengan tema “Management Education: Past, Present and Future”. Lebih dari 100 kertas kerja telah dibentangkan pada penganjuran kali pertama iMEC. Bilangan penyertaan juga semakin meningkat pada penganjuran iMEC 2 dan 3.

International Conference on Accounting, Management and Economics (ICAME)

Pada tahun 2016, iMEC telah dijenamakan kepada International Conference on Accounting, Management and Economics (ICAME) bagi memperluaskan tema persidangan iaitu tidak hanya terhad kepada bidang Pengurusan Pendidikan sahaja. Hal ini bagi membolehkan peserta dari pelbagai latar belakang dan bidang kepakaran dapat menyertai persidangan ini khususnya dalam bidang Perakaunan, Pengurusan, dan Ekonomi. Persidangan ICAME kali pertama diadakan pada 8 Oktober 2016 dengan tema “Towards Sustainable Economic Development through Multidisciplinary Research” yang dijalankan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Blok 10, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Seminar Penyelidikan Kebangsaan (SPK)

Pada 2013, satu lagi persidangan telah dianjurkan iaitu Seminar Sehari Penyelidikan yang kini telah dijenamakan dan dikenali sebagai Seminar Penyelidikan Kebangsaan (SPK) telah diadakan di UPSI. Seminar ini diadakan pada setiap tahun dengan objektif membudayakan penulisan dan penerbitan ilmu dalam kalangan para sarjana universiti berasaskan penyelidikan, menyebarluaskan hasil penyelidikan dan penemuan baharu para sarjana, memenuhi aspirasi UPSI menjadi sebuah universiti yang bitara dalam penghasilan bahan-bahan bacaan ilmiah yang bermutu tinggi, serta membudayakan penyelidikan dan inovasi. Penganjuran SPK adalah seperti berikut:
  • SPK 2014
    • (24 Mei 2014)
    • Memartabatkan Kesarjanaan Melalui Penyelidikan
  • SPK 2015
    • (9 Mei 2015)
    • Memperkasakan Kesarjanaan Melalui Penyelidikan
  • SPK 2016
    • (23 Mei 2016)
    • Peningkatan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan Melalui Penyelidikan