^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


Get Adobe Flash player

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

LATAR BELAKANG FAKULTI

Sejarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) bermula dengan tertubuhnya Fakulti mulai sesi pengajian Oktober 2002/2003 dikenali dengan nama asalnya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi. Kelahiran Fakulti ini adalah hasil daripada kepesatan perkembangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak ia ditubuhkan pada 1 April 1997 selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan guru-guru siswazah dalam pelbagai bidang.

Pada 1 Jun 2010 hasil daripada penstrukturan semula Fakulti-fakulti di Universiti, FPE turut mengalami perubahan iaitu nama Fakulti telah dijenamakan semula sebagai Fakulti Pengurusan dan Ekonomi dan beroperasi dengan tiga (3) buah Jabatan yang terdiri daripada Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan, Jabatan Perakaunan dan Kewangan dan Jabatan Ekonomi.

Perkembangan pemikiran tentang ekonomi global pada masa kini banyak menekankan peranan yang dimainkan oleh teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pengurusan, ekonomi, perakaunan dan keusahawanan. Peranan teknologi maklumat juga telah mencetuskan kemahiran dan pengetahuan baru dalam menjana perkembangan ekonomi dan bidang pengurusan perniagaan sebagai satu disiplin ilmu. Pengurusan, ekonomi dan perakaunan sebagai satu pengetahuan profesional telah menjadi antara program pengajian yang banyak menarik pelajar untuk menguasainya. Ia selaras dengan perkembangan ekonomi dan ilmu serta permintaan kepada tenaga profesional berkaitan bidang tersebut dalam pasaran tenaga mahir.