Maklumat Umum

Dimanakah lokasi Pejabat Am Fakulti Pengurusan dan Ekonomi?

Lokasi Pejabat Am Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi ialah di Aras 1,Blok 10, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAZ), Proton City, Tanjong Malim, Perak.

Apakah kemudahan yang terdapat di FPE?

Fakulti dilengkapi kemudahan berikut:

  1. Makmal Komputer Business Information System (BIS)
  2. Bilik Seminar
  3. Bilik-bilik Mesyuarat
  4. Bilik surat kakitangan
  5. Surau
  6. Bilik Tetamu
  7. Lounge Pelajar & Bilik Tesis
  8. Bilik Persatuan Pelajar Fakulti Pengurusan & Ekonomi
  9. Ruang Ulangkaji Pelajar
  10. Bilik-bilik Kuliah
  11. Rangkaian internet tanpa wayar (wireless hot spot)
  12. Berdekatan dengan lokasi Kafetaria dan Kiosk Keusahawanan

 

PRASISWAZAH / UNDERGRADUATES

Apakah program yang ditawarkan di Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi?

Sila rujuk program ditawarkan di laman web FPE atau terus klik pautan berikut: http://fpe.upsi.edu.my/index.php/en/program

Saya berminat untuk belajar di FPE. Bagaimana cara untuk memohon program Ijazah di fakulti ini?

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga FPE. Untuk mengetahui kaedah permohonan bagi program pengajian prasiswazah (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda), sila ke pautan http://akademik.upsi.edu.my/index.php/en/2014-11-06-03-02-06/bachelor-degree/panduan-kemasukan

Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya tidak hadir peperiksaan kerana kesilapan membaca jadual peperiksaan?

Pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana kesilapan membaca jadual peperiksaan atau kerana kelalaiannya sendiri tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan gantian dan dianggap gagal kursus berkenaan. Walau bagaimanapun jika ada ujian-ujian lain yang telah diadakan sebelum peperiksaan berkenaan maka gred bagi ujian-ujian yang telah diambil akan dikekalkan.

Bilakah keputusan peperiksaan diumumkan?

Universiti boleh mengumumkan keputusan peperiksaan selepas Jawatankuasa Peperiksaan Universiti bersidang dan tertakluk kepada pengesahan Senat.

Apakah kes-kes yang dibenarkan untuk mengambil Peperiksaan Gantian?

Universiti boleh membenarkan Peperiksaan Gantian bagi kes-kes berikut:

  1. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan telah mendapat pengesahan daripada Doktor Kerajaan atau Pegawai Perubatan Universiti bahawa pelajar tersebut tidak berupaya dari segi mental dan fizikalnya.
  2. Pelajar yang menghadapi masalah kematian ibu atau bapa atau ahli keluarga terdekat.
  3. Menjalankan apa-apa aktiviti yang diarahkan oleh Universiti.

Jika terdapat kes berkenaan, bilakah masa untuk memohon Peperiksaan Gantian?

Pelajar perlu memohon kepada Fakulti untuk menduduki Peperiksaan Gantian dalam masa 2 minggu selepas tamat minggu peperiksaan

 

PENGAJIAN SISWAZAH / GRADUATE STUDIES

Apakah senarai program pengajian siswazah yang ditawarkan di FPE?

Maklumat berkaitan senarai program boleh didapati di pautan berikut: http://fpe.upsi.edu.my/index.php/en/program/pasca-siswazah

Adakah Fakulti/UPSI menyediakan kemudahan Biasiswa atau lain-lain penajaan?

Untuk makluman, UPSI tidak menyediakan Biasiswa atau lain-lain tajaan kepada pelajar.

Bagaimanakah caranya untuk mencari penyelia bagi program Sarjana dan Ph.D di FPE?

Maklumat kepakaran bidang pensyarah boleh dirujuk di laman web rasmi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi di pautan berikut:

http://fpe.upsi.edu.my/index.php/en/management-team/academic-staff

 

Yuran Pengajian Pelajar

Bagaimanakah kaedah bayaran yuran pengajian?

Pembayaran yuran pengajian boleh dibuat:-

  1. di semua cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) seluruh Malaysia.
  2. d iAutomatic Teller Machine (ATM)
  3. melalui Perbankan Internet BIMB.
  4. melalui bank draf/cek atas nama “Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris” dan poskan ke Unit Kewangan Pelajar dan Kolej, Jabatan Bendahari/ Fakulti atau menerusi serahan tangan kepada penyelaras Program Eksekutif (bagi Program Eksekutif FPE sahaja). Kiriman tunai tidak dibenarkan.
  5. melalui kad kredit/kad debit di Unit Kewangan Pelajar dan Kolej.

Bilakah tempoh akhir bayaran yuran pengajian boleh dibuat?

Pembayaran yuran pengajian mesti dibuat sebelum peperiksaan akhir setiap semester. Keputusan peperiksaan untuk semester tersebut dan pendaftaran untuk semester hadapan akan ditahan jika pelajar menpunyai tunggakkan yuran semester lepas (tidak termasuk yuran semester baru).

Bagaimanakah seseorang pelajar boleh mendapatkan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar untuk permohonan pengeluaran KWSP?

Pelajar boleh datang atau menghubungi Unit Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari UPSI untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.