Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
 
Segala bagi puji ALLAH, kebesaran-Nya dan rahmat-Nya, pertamanya saya ingin merakamkan
 
ribuan terima kasih kerana memilih Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan
 
Sultan Idris (UPSI) sebagai tempat bagi menimba ilmu dan setinggi-tinggi tahniah kepada
 
semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian. Saya amat mengalu-alukan kedatangan
 
anda ke UPSI. Saya percaya anda telah membuat pilihan yang tepat dan
 
buktikanlah keazaman anda itu melalui kecermelangan yang anda perolehi dalam
 
pengajian nanti. Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi berusaha sedaya upaya untuk memenuhi
 
segala tuntutan semasa demi memartabatkan bidang pendidikan. Usaha ini tidak akan
 
berjaya jika tidak mendapat sokongan daripada anda semua. Justeru itu, gunakanlah
 
peluang yang telah diberi untuk menimba ilmu sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan
 
demi kemajuan diri, fakulti dan pendidikan pada keseluruhannya.
 

 

Selamat Maju Jaya.

 

Proffesor Madya Dr. Hamidah Binti Yusof

 

Dekan

 

Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi

 

Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

Leading Future Mind