Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada

 

pelanggan kami seperti berikut:

 

 

1.  Memastikan Buku Panduan Akademik Fakulti diedarkan pada minggu pertama kemasukan pelajar baharu

 

pada setiap sesi akademik 

 

2. Memastikan pelajar telah membuat pendaftaran semester melalui sistem IMS dalam tempoh dua (2) minggu

 

dari tarikh kuliah bermula pada setiap semester pengajian. 

 

3. Memastikan rancangan instruksional (RI) dan bahan pengajaran boleh diakses dalam MyGURU pada minggu

 

pertama Pengkuliahan. 

 

4. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan. 

 

5. Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang-kurangnya tiga (3) kali

 

pada setiap semester.

 

6.  Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti/program yang lengkap untuk kelulusan diberi

 

maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

7.  Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/bengkel/ stor/studio sedia digunakan selewat-lewatnya

 

10 minit sebelum kuliah bermula.

 

8.  Memastikan senarai penerima sijil dekan dipaparkan dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Senat.

 

9.  Memastikan aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam.

 

10.Memastikan perkhidmatan kaunter untuk sebarang pertanyaan dilayan dalam jangka masa lima (5) minit.