FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS



Latar Belakang Fakulti

Sejarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bermula dengan tertubuhnya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi pada November 2002. Penubuhannya adalah sejajar dengan visi untuk melahirkan golongan profesional dalam bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi dan keusahawanan yang berkebolehan menganalisis, menyelidik, mengurus maklumat, membuat keputusan dan seterusnya mampu mendidik dengan berkesan kepada kumpulan yang disasarkan. Perancangan strategik amat penting dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia melalui penggunaan aplikasi teknologi maklumat yang terkini.

Ilmu dan kemahiran baru turut dibentuk hasil integrasi kedua-dua bidang pengurusan dan perniagaan. Bagi menampung keperluan berkenaan, Fakulti terlibat secara aktif dalam aktiviti penyelidikan untuk mendapatkan penemuan terkini dan juga untuk dipupuk dalam lapangan pendidikan serta untuk meneroka pengetahuan baru berkaitan pengurusan, perniagaan, ekonomi, perakaunan dan keusahawanan.

Fakulti ini menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta program peringkat Sarjana dan PhD. dalam bidang pendidikan dan bukan pendidikan. Dalam usaha untuk mengukuhkan bidang pendidikan, Fakulti akan menggalakkan lagi perkembangan ilmu pengetahuan melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan untuk memenuhi keperluan klien dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Visi & Misi FPE

  • Visi +
    Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bertekad menjadi institusi yang berprestij dan peneraju dalam bidang kepakaran teras berdasarkan kekuatan nilai bitara, amalan tradisi unggul, budaya akademik terbilang dan berprinsip, merentasi sempadan nasional dan antarabangsa.
  • Misi +
    1. Berusaha mendokong dasar-dasar negara dengan melahirkan graduan bertaraf professional  dan berktrampilan melalui kecemerlangan akademik dan penyelidikan dalam bidang teras yang diiktiraf.
    2. Membangunkan anggota organisasi yang berintegriti, berkelayakan, berpandangan jauh dan mampu melakukan lonjanakan saujana dalam bidang kepakaran teras secara berterusan.
    3. Membangunkan kecemerlangan pensyarah dan pelajar bagi memenuhi keperluan piawai yang ditetapkan.
    4. Memberi impak kepada masyarakat melalui penerbitan, perundingan dan wacana intelektual
‚Äč‚ÄčAkreditasi Dan Kolabrasi