FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS
Atribut Graduan FPE

Graduan yang dihasilkan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi mempunyai keupayaan akademik, kualiti personal serta kemahiran insaniah yang dibentuk sepanjang pengajian di UPSI.  Ciri-ciri graduan UPSI adalah:  
  • Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan, pengurusan, perniagaan, perakaunan, ekonomi dan keusahawanan.
  • Mempamerkan ciri-ciri profesionalisme 
  • Bertanggungjawab sosial dan beretika
  • Mahir dalam kerja berpasukan 
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan 
  • Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis 
  • Mempunyai perspektif global
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Kajian Pengesanan Alumni

Kajian Pengesanan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman:
Kajian Pengesanan ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi mendapatkan data pengesanan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman khususnya daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Hasil daripada soal selidik ini akan menjadi rujukan untuk menambah baik latihan, program pengajian, dasar dan pentadbiran di UPSI. Sehubungan itu, pihak UPSI amat menghargai jawapan yang tepat, jelas dan jujur mengikut pandangan dan pengalaman bekas pelajar UPSI semasa berada di universiti ini. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.