FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
FACULTY OF MANAGEMENT AND ECONOMICS
LEADING FUTURE MINDS

Maklumat Umum

  • Fakulti +
    Dimanakah lokasi Pejabat Am Fakulti Pengurusan dan Ekonomi?
    Lokasi Pejabat Dekan dan Pejabat Am Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi ialah di Aras 1, Blok 10, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAZ), Proton City, Tanjong Malim, Perak. 

    Apakah kemudahan yang terdapat di FPE?
    Fakulti dilengkapi kemudahan berikut:
    • Makmal Komputer Business Information System (BIS)
    • Bilik Seminar
    • Bilik-bilik Mesyuarat
    • Bilik surat kakitangan
    • Surau
    • Bilik Tetamu
    • Lounge Pelajar & Bilik Tesis
    • Bilik Persatuan Pelajar Fakulti Pengurusan & Ekonomi
    • Ruang Ulangkaji Pelajar
    • Bilik-bilik Kuliah
    • Rangkaian internet tanpa wayar (wireless hot spot)
    • Berdekatan dengan lokasi Kafetaria dan Kiosk Keusahawanan
    Bolehkah pelajar fakulti lain memohon untuk menggunakan kemudahan di FPE bagi tujuan penganjuran program pelajar?
    Pelajar perlu memohon kebenaran bertulis daripada Dekan FPE melalui Dekan fakulti masing-masing untuk tujuan
    kelulusan penggunaan ruang. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku pertindanan permohonan penggunaan ruang,
    keutamaan kelulusan diberikan kepada warga FPE.
  • Penginapan +
    Kolej Aminuddin Baki (KAB)
    Pelajar antarabangsa diletakkan di Blok Pelajar Antarabangsa yang  terletak di Kolej Aminuddin Baki (KAB).
    • Bilik berkembar dengan katil, tilam, bantal, almari, kerusi, dan meja belajar.
    • Bilik mandi.
    • Kipas siling.
    • Penghawa dingin.
    • Kemudahan lain seperti mesin pertukaran wang kertas kepada duit syiling, kedai tuck, kafe, surau, bilik membaca dan bilik TV.
    • WIFI Internet disediakan (PERCUMA).
    Untuk maklumat lanjut:
    Pentadbiran
    Kolej Aminuddin Baki,
    Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
    tel: + 605-458 1252/5092
    email: kab@upsi.edu.my
     
    Penginapan Swasta
    Diuruskan oleh: Goldium Property Management Sdn Bhd.
    Alamat: Pejabat Penyelenggaraan, Blok 1 Tingkat Bawah, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
    Taman Bahtera, 35900 Tanjung Malim, Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
    Tel: + 605-459 5002
    Faks: + 605-459 7906
    E-mel: goldiumproperty@gmail.com
    * Terletak 5 minit dari kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
     
  • Kemudahan +
    1. Aktiviti Sukan
    • Gimnasium (dalaman / luaran), pusat pemulihan (blok 6)
    • Pusat sukan
    • Stadium
    • Kolam renang bersaiz Olimpik
    • Trek larian sintetik
    1. Kemudahan perubatan (perkhidmatan perubatan)
    • Ambulans
    • Pusat Kesihatan Universiti
    1. Pertubuhan Badan Pelajar / Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
    2. Penginapan Pelajar (kolej kediaman, dewan kediaman antarabangsa, penginapan luar kampus)
    3. Infrastruktur IT - WiFi di kampus
    4. Kemudahan Perpustakaan - KSAJ (Perpustakaan Tuanku Bainun) & KSAS (BLOK 6)
    5. Kemudahan Agama - masjid (ar-mursyiddin) di KSAS dan surau An-Nur di KSAJ
    6. Perkhidmatan Perbankan / ATM (BIMB / Maybank)9. Perkhidmatan Bas Untuk Pelajar

Pengajian

  • Pengajian Prasiswazah +
    Saya berminat untuk belajar di FPE. Bagaimana cara untuk memohon program Ijazah di fakulti ini?
    Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga FPE. Untuk mengetahui kaedah permohonan bagi program pengajian prasiswazah (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda), sila ke pautan Panduan Kemasukan Program Prasiswazah
     
    Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya tidak hadir peperiksaan kerana kesilapan membaca jadual peperiksaan?
    Pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana kesilapan membaca jadual peperiksaan atau kerana kelalaiannya sendiri tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan gantian dan dianggap gagal kursus berkenaan. Walau bagaimanapun jika ada ujian-ujian lain yang telah diadakan sebelum peperiksaan berkenaan maka gred bagi ujian- ujian yang telah diambil akan dikekalkan.
     
    Bilakah keputusan peperiksaan diumumkan?
    Universiti boleh mengumumkan keputusan peperiksaan selepas Jawatankuasa Peperiksaan Universiti bersidang dan tertakluk kepada pengesahan Senat.
     
    Apakah kes-kes yang dibenarkan untuk mengambil Peperiksaan Gantian?
    Universiti boleh membenarkan Peperiksaan Gantian bagi kes-kes berikut:
    1. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan telah mendapat pengesahan daripada Doktor Kerajaan atau Pegawai Perubatan Universiti bahawa pelajar tersebut tidak berupaya dari segi mental dan fizikalnya.
    2. Pelajar yang menghadapi masalah kematian ibu atau bapa atau ahli keluarga terdekat.
    3. Menjalankan apa-apa aktiviti yang diarahkan oleh Universiti.
    4. Pelajar menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan contohnya banjir, kebakaran
    Jika terdapat kes berkenaan, bilakah masa untuk memohon Peperiksaan Gantian?
    Pelajar perlu memohon kepada Fakulti untuk menduduki Peperiksaan Gantian dalam masa 2 minggu selepas tamat minggu peperiksaan
  • Pengajian Siswazah +
    Adakah Fakulti / UPSI menyediakan kemudahan Biasiswa atau lain-lain penajaan?
    Untuk makluman, Fakulti / UPSI tidak menyediakan Biasiswa atau lain-lain tajaan kepada pelajar.
     
    Bagaimanakah caranya untuk mencari penyelia bagi program Sarjana dan Ph.D di FPE?
    Maklumat kepakaran bidang pensyarah boleh dirujuk di laman web rasmi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi atau melalui pautan Direkotori Pakar UPSI
  • Pengajian Siswazah Eksekutif +
    PENGAJIAN SISWAZAH EKSEKUTIF

    PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA)

    Apakah struktur program yang ditawarkan bagi Program Eksekutif Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)?
    Program MBA ini menawarkan 42 jam kredit terdiri daripada komponen-komponen Kursus Teras, Kursus Pengkhususan, Kursus Elektif dan Kertas Projek. Kursus Teras mengandungi 15 jam kredit, Kursus Pengkhususan mengandungi 15 jam kredit, Kursus Elektif mengandungi 6 jam kredit dan kertas projek sebanyak 6 jam kredit.

    Berapakah jangkamasa pengajian bagi program ini?
    Program dijalankan secara sepenuh masa dengan jangka masa 1 ½ tahun sehingga 2 tahun (4 semester).

    Berapakah jumlah yuran bagi program ini?
    Jumlah yuran keseluruhan bagi program ini adalah RM 20,000.00. Bilangan pecahan bayaran yuran adalah seperti berikut :
    1. Semester 1 : RM 5,000.00 [ RM 250.00 (yuran pendaftaran) ]
    2. Semester 2 : RM 5,000.00
    3. Semester 3 : RM 5,000.00
    4. Semester 4 : RM 5,000.00
    Bagaimanakah kaedah pembayaran yuran ini boleh dilaksanakan?
    1. Employee’s Provident Fund (EPF)
    2. MyBrain
    3. Tunai
    4. Mara
    Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon program ini?
    1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau
    2. Mempunyai pengalaman bekerja bagi calon yang tidak mencapai PNGK 2.75 atau
    3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat.

    Bilakah permohonan untuk program ini akan diadakan?
    Permohonan akan dibuka pada September dan diadakan pada setiap tahun.

    Bagaimanakah cara permohonan untuk program ini dilakukan?
    Borang permohonan boleh dimuat turun melalui: http://postgrad.upsi.edu.my atau www.ips.edu.my

    Dimanakah kuliah bagi program ini akan diadakan?
    Kuliah akan diadakan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Bangunan IEM, Jalan Selangor, Petaling Jaya. Kuliah akan diadakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).




    PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

    Apakah struktur program yang ditawarkan bagi Program Eksekutif Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)?
    Program ini menawarkan 42 jam kredit terdiri daripada komponen-komponen Kursus Wajib, Kursus Pendidikan, Kursus Pengkhususan, Kursus Elektif dan Kertas Projek. Kursus Wajib mengandungi 8 jam kredit, Kursus Pendidikan mengandungi 12 jam kredit, Kursus Pengkhususan mengandungi 12 jam kredit, Kursus Elektif mengandungi 4 jam kredit dan kertas projek sebanyak 6 jam kredit.

    Berapakah jangkamasa pengajian bagi program ini?
    Program dijalankan secara sepenuh masa dengan jangka masa 1 ½ tahun sehingga 2 tahun (4 semester).

    Berapakah jumlah yuran bagi program ini?
    Jumlah yuran keseluruhan bagi program ini adalah RM 20,000.00. Bilangan pecahan bayaran yuran adalah seperti berikut :
    1. Semester 1 : RM 5,000.00 [ RM 3,250.00 (yuran pendaftaran) ]
    2. Semester 2 : RM 5,000.00
    3. Semester 3 : RM 5,000.00
    4. Semester 4 : RM 5,000.00

    Bagaimanakah kaedah pembayaran yuran ini boleh dilaksanakan?
    1. Employee’s Provident Fund (EPF)
    2. MyBrain
    3. Tunai
    4. Yayasan Negeri
    5. Cek
    6. Cash Deposit
    Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon program ini?
    1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris atau
    2. Mempunyai pengalaman bekerja bagi calon yang tidak mencapai PNGK 2.75 atau
    3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat.

    Bilakah permohonan untuk program ini akan diadakan?
    Permohonan akan dibuka pada Januari dan akan dibuka pada setiap tahun.

    Bagaimanakah cara permohonan untuk program ini dilakukan?
    Borang permohonan boleh dimuat turun melalui: http://postgrad.upsi.edu.my atau www.ips.edu.my

    Dimanakah kuliah bagi program ini akan diadakan?
    Kuliah akan diadakan di lokasi terpilih iaitu di kolej yang berdekatan. Kuliah akan diadakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
  • Yuran Pengajian Pelajar +
    Bagaimanakah kaedah bayaran yuran pengajian?
    Pembayaran yuran pengajian boleh dibuat:
    1. Semua cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) seluruh Malaysia.
    2. Automatic Teller Machine (ATM)
    3. Melalui Perbankan Internet BIMB.
    4. Melalui bank draf / cek atas nama “Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris” dan poskan ke Unit Kewangan Pelajar dan Kolej, Jabatan Bendahari / Fakulti atau menerusi serahan tangan kepada penyelaras Program Eksekutif (bagi Program Eksekutif FPE sahaja). Kiriman tunai tidak dibenarkan.
    5. melalui kad kredit / kad debit di Unit Kewangan Pelajar dan Kolej.
    Bilakah tempoh akhir bayaran yuran pengajian boleh dibuat?
    Pembayaran yuran pengajian mesti dibuat sebelum peperiksaan akhir setiap semester. Keputusan peperiksaan untuk semester tersebut dan pendaftaran untuk semester hadapan akan ditahan jika pelajar mempunyai tunggakan yuran semester lepas (tidak termasuk yuran semester baru).
     
    Apakah kesannya kepada pelajar jika gagal melangsaikan yuran pengajian?
    Pelajar boleh ditahan daripada bergraduat termasuklah sijil transkrip dan skrol pelajar akan disekat.

    Bagaimanakah seseorang pelajar boleh mendapatkan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar untuk permohonan pengeluaran KWSP?
    Pelajar boleh datang atau menghubungi Unit Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari UPSI untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut