Advertisement
: : Home
Monday, 22 March 2010
 
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PDF Print E-mail

1.    Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh  Universiti. Pelajar boleh mendaftar Semester secara online bermula pada 21 Disember 2009 hingga 28 Disember 2009.

        2. Pelajar yang akan menjalani Praktikum/Latihan Mengajar juga DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semester secara online.

3.Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 29 Disember 2009.

4.    Pendaftaran Semester adalah tertakluk kepada Panduan dan Peraturan Akademik (Bagi Pelajar Lama) dan tertakluk kepada Kaedah UPSI (Perkara Aakdemik) 2008 (Bermula Pelajar Ambilan Julai 2008)

5.    Jadual Kuliah hanya boleh dicetak oleh pelajar selepas Pendaftaran Semester dibuat.


* Bersama-sama ini dilampirkan Carta Alir Pendaftaran Semester secara online

Sekian, harap maklum.
Read more...
 
Permohonan SLAB/SLAI secara online PDF Print E-mail

 Permohonan untuk SLAB/SLAI kini boleh dilakukan secara online di alamat URL berikut:

https://online2.mohe.gov.my/eSubmission/ 

** (Kata Laluan adalah sepertimana yang diperolehi daripada Bahagian Cuti Belajar, IPTA)

* sila ke laman SLAB/SLAI/SLKKAP untuk maklumat terkini dan garis panduan

 
PERUBAHAN DALAM DASAR PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR PDF Print E-mail
Merujuk memo Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti (BPAQ), UPSI/BPAQ/ULMJ bertarikh 04 Januari 2010 daripada Ketua Unit Latihan Mengajar & Jalinan Industri, Dr. Ikhsan bin Othman dimaklumkan bahawa;

2.   Mesyuarat Jawatankuasa Pepandu Latihan Mengajar kali ke-2, Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa pada 1 Disember 2009 telah memutuskan setiap Guru Pelatih diselia oleh dua (2) orang Pensyarah Penyelia bermula untuk Latihan Mengajar sesi Februari 2010. Ini bermakna setiap Guru Pelatih akan menerima empat (4) kali penyeliaan.

3.   Walaubagaimanpun,, untuk tahun 2010, universiti perlu mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah. Sehubungan itu, hasil perbincangan antara Yg. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan Ketua Unit Latihan Mengajar dan Jalinan Industri pada 28 Disember 2009, bersetuju untuk Latihan Mengajar tahun 2010 bagi semua kategori Latihan Mengajar (termasuk Diploma Pendidikan), penyeliaan akan kembali kepada cara sebelumnya iaitu seorang Guru Pelatih diselia dua (2) kali oleh seorang Pensyarah Penyelia.

Sekian, harap maklum.

"PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN"
Read more...
 
Who's Online
We have 1 guest online
 
Top! UPSI shall not be liable for any damage and loss of data caused in connection with the use of the Site
Top!