PIAGAM PELANGGAN FPE

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional,
beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

2. Memastikan Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu
dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.

3. Memastikan rancangan instruksional (RI) boleh dicapai dalam MyGURU pada
minggu pertama pengkuliahan.

4. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu
ke-13 pengkuliahan.

5. Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurangkurangnya
tiga (3) kali pada setiap semester.

6. Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti/ program yang lengkap untuk
kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

7. Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/ bengkel/ stor/ studio sedia
digunakan selewat-lewatnya sepuluh (10) minit sebelum kuliah bermula.

8. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja
untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan
diselesaikan.